Rakyat adalah majikan, kerajaan hanya pengurus
20 July 2011
KUALA LUMPUR, 20 JULAI – Majikan kepada kerajaan adalah rakyat Malaysia sebagai pengundi dan pembayar cukai yang berhak menyokong atau membantah apa-apa tindakan kerajaan.
Setiasuaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong kerajaan yang memungut cukai dari rakyat memperuntukkan sebahagian hasil itu kepada polis untuk berkhidmat demi rakyat dan bukan untuk kepentingan-kepentingan politik pihak tertentu.
“Kerajaan UMNO-Barisan Nasional pula bukanlah tuan, sebaliknya hanyalah ‘pengurus’ yang dipilih oleh rakyat.
“Jika kerajaan dipilih dalam pilihan raya yang tidak bersih dan tidak adil, maka kerajaan itu tidak sah dan ianya bukan sebuah sistem yang bersifat demokratik. Maka rakyat sebagai majikan atau boss bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan ini,” katanya kepada Roketkini.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata orang ramai tidak boleh mempersoalkan tentang mengapa Ordinan Darurat masih diguna pakai sehingga hari ini, atas alasan keselamatan negara.
Sehingga hari ini, akta zalim seperti ordinan itu dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih lagi diguna pakai untuk menahan mana-mana individu yang dianggap menentang kerajaan BN tanpa melalui perbicaraan.
Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, semua perkara yang berlaku lewat 40 tahun ini berpunca daripada kerajaan BN sendiri yang menggubal Ordinan Darurat tersebut berdasarkan keputusan politik semata-mata.
Beliau mengingatkan kembali mengenai Ordinan Darurat 1969 yang dilaksanakan kerajaan selepas tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
“Apabila Parlimen kembali bersidang pada Februari 1971, ini bermakna darurat 1969 sudah berakhir.
“Malangnya, undang-undang darurat itu, seperti juga ISA, tidak pernah dibatalkan, dan ini membawa maksud yang jelas bahawa kerajaan akan menggunakan apa sahaja tindakan untuk kekalkan kuasa,” katanya mengulas mengenai ordinan tersebut yang digunakan terhadap enam aktivis Parti Sosialis Malaysia.
Pada 24 Jun lalu keenam-enam mereka telah ditahan atas tuduhan cuba melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan pada 2 Julai mereka dilepaskan sebelum ditahan semula di bawah Ordinan Darurat.
Kenam-enam anggota PSM tersebut ialah Dr. Michael Jeyakumar, R.Sarat Babu, M.Saraswathy, M.Sukumaran, A.Letchumanan dan Choo Chon Kai.
Liew yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menambah, perkara yang dibangkitkan Nazri itu berbalik semula kepada tuntuan pilihan raya bersih dan adil yang dituntut rakyat Malaysia.
Jelas beliau lagi, jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum akan datang, segala akta-akta yang menindas rakyat seperti Ordinan Darurat, ISA dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan akan dihapuskan sama sekali.
“Selain itu, media akan diberi ruang untuk bersuara sejajar dengan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan Perlembagaan,” katanya. – Roketkini.com

No comments:
Post a Comment