ALOR SETAR 19 Jan. - Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini merayu orang ramai menderma darah bagi menampung keperluan di hospital itu.
Pengerusi Lembaga Pelawat HSB, Ramli Mohd. Yunus berkata, lazimnya keperluan darah meningkat setiap kali musim perayaan, termasuk ketika sambutan Tahun Baru Cina.
"Selain untuk membantu kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya, kes-kes untuk merawat pesakit thaleseamia, kanser, penyakit jantung dan hati turut memerlukan bekalan darah," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Katanya, derma darah boleh dibuat di aras satu, Jabatan Transfusi HSB yang beroperasi Ahad hingga Khamis mulai 8 pagi hingga 5 petang.
"Selain itu, Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan jabatan itu dibuka 10 pagi hingga 4 petang," ujarnya.
No comments:
Post a Comment