Thursday, August 2, 2012

Isu Harga Kereta - Hangpa nak yang mana.. Sebulan RM600 untuk Proton atau Honda..??

PKR: Dasar automatif kami untungkan pemilik kereta

NONEDasar automotif cadangan PKR akan memberi manfaat kepada pemilik kereta sedia ada yang masih membayar ansuran kerana mereka akan mampu memakai kereta lebih baik tetapi tetap membayar jumlah yang sama.

Bagaimanapun, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kanan) berkata, pemilik kereta akan hanya memperoleh manfaat jika bertukar kepada kereta baru.

Ini kerana, dasar automotif yang dicadangkan PKR akan menyebabkan harga kereta terpakai turun ekoran penghapusan duti eksais, tambahnya.

Untuk menggambarkan perkara itu, Rafizi memberikan contoh seorang yang membayar ansuran RM600 sebulan dan masih berhutang sebanyak RM40,000 dengan bank.

Apabila duti eksais dihapuskan, harga kereta tersebut akan jatuh kepada RM25,000 dan sekiranya dijual di pasaran kereta terpakai, pemiliknya akan rugi RM15,000.
Bagaimanapun, jika pemilik kereta itu menukar kereta dan menaik taraf kepada kereta lebih baik, harga kereta lebih rendah dalam pasaran akan membolehkannya membeli kereta yang lebih baik pada harga RM40,000 dengan ansuran bulanan RM600 yang sama.

"Kalau saya, saya sanggup bayar RM600 sebulan untuk kereta Honda berbanding RM600 sebulan untuk Proton Saga," jelasnya kepada Malaysiakini selepas sidang media.

2 comments:

  1. Ini takde kena mengena dgn politik!

    Berdasarkan pengalaman aku yg udah guna hampir 48 bigik keta, berbagai versi/brand....aku pilh PROTON!

    Skrg ni...dari 4 proton, 2 Myvi, 1 peugeot & 1 Q5 yg family aku guna kini...kami suma sepakat, Iswara 1.5M model 2006, adalah 'legend' bagi family kami.

    Syabas Proton!!!

    ReplyDelete
  2. Tolong la extend kepada motorsikal sama .... Melampau sgt harga la nih..... Ko luar negara rasanya harga motor cc besar rasanya tak la segila harga kat Malaysia!

    ReplyDelete