hangpa jangan susuah hati memang betoi pun apa yg karpal katakan tu...memang dalam perlembagaan negara malaysia nie bukan negara islam ia sekadar negara mengamalkan ajaran islam..jd jangan dok salahkan dia dah jenis basa undang2 biaq la dia sembang lagu tuu...insya'allah kita bagi faham 1malaysia apa itu hudud nanti bila dah kita dapat masuk dalam parlimen dengan kuasa majority dan kita ubah perlembagaan tersebut dan waktu tu kita tengok siapa nak sokong siapa....
jika dah banyak MP PAS dan MP beragama Islam dicampor dgn MP yg faham apa itu hudud maka masa tu KARPAL nie tak mahu angkat tangan pon tak apa... kita kais ketepi ja dia waktu tu..dan bila PERLEMBAGAAN dah diubah habis dia nak kata apa lagi.... masa itulah dapat kita lihat tertegaknya suruhan ALLAH itu...apa lagi kereta pon dah murah waktu tuuu...jadi tak ada la geng curi kereta lagi...dan tak ada la yg nak kena kerat tangannnya....takbirrrrr.. ....
Hudud hanya boleh dilaksana dalam negara Islam, kata Karpal![]()
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh
KUALA LUMPUR - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang masih mahu melaksanakan hudud.
Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.
"Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular.
"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.
"Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya.
No comments:
Post a Comment