Wednesday, August 8, 2012

Kelab penyokong ada kuasa tukar presiden

Alor Setar: Persatuan kelab penyokong, ahli gabungan serta peminat skuad Hijau Kuning kini mempunyai kuasa menukar kepimpinan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) termasuk jawatan Presiden melalui pemilihan akan datang.

Berdasarkan perlembagaan baru, jawatan Presiden dan eksekutif KFA bukan lagi automatik atau dilantik seperti amalan dulu iaitu Menteri Besar Kedah secara automatik adalah Presiden KFA.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib menjelaskan, mulai 2010, semua jawatan dipertandingkan termasuk Presiden.

Bagaimanapun, kes berbeza dengan pengurusan pasukan termasuk pengurus dan barisan jurulatih yang boleh ditukar berpandukan ketetapan Jawatankuasa Peraturan dan Teknikal FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), katanya.

Kelmarin, gabungan empat kelab penyokong pasukan bola sepak Kedah mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, meletakkan jawatan sebagai Presiden KFA berikutan prestasi buruk pasukan dalam kancah Liga Super.


Empat kelab iaitu Kelab Peminat Bola Sepak Kedah, Kenari Fan Club, Ultras Kedah dan Penyokong Setia Anak Rantau, berpendapat Azizan serta seluruh organisasi KFA perlu dirombak kerana terlalu banyak masalah dihadapi badan itu ketika ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri menjejaskan KFA kini merancang bertemu wakil kelab peminat dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan pandangan memastikan pasukan Kedah berjaya, sebelum aksi tahun hadapan bermula.
Saya sebenarnya menerima segala cemuhan, kutukan, komentar dan cadangan dengan hati yang terbuka. Apa pun, kelab penyokong juga perlu beri sokongan kepada pasukan untuk memastikan hasrat terbabit tercapai, katanya.

Skuad Kedah berada pada tangga ketiga tercorot selepas hanya mencatat 16 mata melalui 14 perlawanan dalam saingan Liga Super tahun ini.

Tiada persatuan inginkan kekalahan. Bukan kali ini saja Kedah ke Liga Perdana...sejarah ada (mencatatnya) dan (rekod itu memang) diketahui ramai, katanya sinis.

No comments:

Post a Comment