Ops Selamat bermula esok
ISMAIL (dua dari kanan) melepaskan konvoi anggota polis trafik sempena pelancaran Ops Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 di Shah Alam semalam.
SHAH ALAM – Ops Selamat yang diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggantikan Ops Sikap akan bermula esok hingga 26 Ogos ini dengan menggunakan konsep ronda dan statik di 150 lokasi black spot yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negara.
Selain mengurangkan kadar kemalangan, Ops Selamat bertemakan ‘Rumah selamat, selamat sampai ke destinasi’ turut menekankan kepada aspek keselamatan harta benda dan rumah yang ditinggalkan warga kota apabila pulang beraya di kampung masing-masing.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, seramai 5,368 pegawai dan anggota trafik akan ditugaskan bagi memastikan kadar kemalangan dapat dikurangkan ke tahap paling minimum dan jumlah penguat kuasa itu tidak termasuk pasukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
No comments:
Post a Comment