Thursday, August 2, 2012

Takaful Ikhlas serah sumbangan RM1,000 bantu anak yatim di Baling

BALING 1 Ogos - Takaful Ikhlas Wilayah Utara (Takaful Ikhlas) menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah (PKAYMNH), Kampung Sadik di sini semalam.

Penolong Naib Presiden Wilayah Utara, Mohamad Farhey Mohamad Taufik berkata, sumbangan itu merupakan salah satu usaha syarikat berkenaan menunaikan tanggungjawab sosial korporat kepada golongan memerlukan.

"Inilah tanggungjawab yang sempat kami lakukan sempena Ramadan tahun ini dan sumbangan wang ini diharap digunakan untuk membeli pelbagai barangan keperluan anak yatim yang tinggal di situ," katanya selepas menyampaikan sumbangan itu kepada Timbalan Pengerusi PKAYMNH, Mohamad Bakre Yaakob.

Turut hadir, Eksekutif Kanan Operasi Takaful Ikhlas, Rohaida Mohamad; Eksekutif Pembangunan Perniagaan Takaful Amnya, Hadafi Sofian Abd. Razak dan Eksekutif Pembangunan Perniagaan Institusi Perbankannya, Siti Rohani Azman.

Terdapat seramai 21 anak yatim berusia enam hingga 16 tahun di rumah kebajikan itu dengan masing-masing belajar di beberapa sekolah rendah dan menengah di kawasan sekitarnya.

Sementara itu, Mohamad Bakre berkata, sumbangan berkenaan amat dihargai bagi membantu anak-anak yatim dan miskin lebih-lebih lagi dalam suasana Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

"Orang ramai yang berkemampuan dipohon turut memberi sumbangan bagi menampung perbelanjaan bulanan pelajar di sini," katanya.

Beliau berkata, sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam di nombor 02048010050403 atau Maybank di nombor 552040101532 atas nama pertubuhan itu. [Utusan]

No comments:

Post a Comment