Thursday, August 16, 2012

Ucapan Raya dari KRISK


 Salam Aidilfitri 1433 Hijri buat semua teman-teman remaja sekalian, semoga kalian berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Aidilfitri menghampiri saatnya dan kita semua bakal meraikannya sebagai tanda syukur. Syukur di atas kejayaan mengharungi ujian dan meningkatkan amal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ketahuilah, sesungguhnya Aidilfitri amat bermakna kepada kita semua selaku remaja yang sedang meningkat dewasa kerana ia merupakan wasilah untuk kita mengeratkan lagi ukhuwwah Islamiyyah dengan kunjung mengunjungi antara satu sama lain sempena syawal yang mulia . 

Lupakan cerita lama dan maaf bermaafanlah sesama kita. Jauhilah amalan yang tidak menepati syariat Islam ketika berhari raya. Sesungguhnya kita telah kembali kepada fitrah yang suci. Kekalkanlah kesuciannya demi kebaikan kita bersama.

Sekian.

Saudara kalian,

Ibnu Yusoff Al Faraqie
Pengerusi
Kelab Remaja Islam Kedah (KRISK) 2012

No comments:

Post a Comment