'Apa salahnya kita duduk semeja', Umno ajak Pas
17 Ogos 2012
MUAR - Pucuk pimpinan Pas diminta mengamalkan dasar politik yang lebih terbuka apabila berhadapan dengan permasalahan atau manfaat umat Islam di negara ini mahupun sejagat.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika bangsa lain di negara ini boleh duduk semeja berbincang apabila ada sesuatu isu berkaitan kepentingan mereka, beliau hairan perkara itu tidak boleh dilakukan oleh Pas.
"Kenapa Pas dan Umno tidak boleh duduk semeja untuk bincangkan isu-isu berkaitan umat Islam, teruk sangat ke Umno ni. Apa salahnya kita duduk semeja dan keluarkan kenyataan bersama tentang Palestin contohnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Batu 18, Air Hitam di sini semalam.
mat maselan.. boleh tak jgn sebut hal ni..PAS dah serik..apa yg lu org buat dulu2..dah nak mampus..dah tak dihormati kata Tun M..kau dah belasah PAS cukup2..kau biar org kau kata Nik Aziz Bapak Kafir, kau biar org kuat MB trg pulak tu kata PAS 'Parti ajaran sesat".. Dah kafir, dah sesat kata kau orang.. apasal pulak nak duduk semeja..ada akal ke.. dah mati akal ni mat maselang ooiii..
Lu dengan amal lu ler.. biar gua dgn amal gua..lu bleh blah...selagi Jib gor yg kau kasihi 'say no to hudud' jgn mimpi ler nak duduk semeja sebab PAS tetap 'Say Yes To Hudud' berbezakan mat maselang.. Kalu lu nak juga mat maselang duduk semeja dgn PAS..
ikut kata NIK AZIZ iaitu ikut islam sepenuh nya iaitu tukar lu punya perlembagaan UMNO dibawah tu biar agak2 sama @ sama dgn perlembagaan PAS tu dan janji Islam akan didaulatkan sepenuhnya tanpa alasan....bleh mat maselang kalau tak leh..get lose. Jika perlembagaan UMNO berbeza dgn PAS.. selagi itu PAS dan UMNO tetap berbeza....
Sedutan Ceraian Perlembagaan UMNO.
Fasal 3 – Asas dan Tujuan.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.
Sedutan Ceraian Perlembagaan PAS.
Fasal 3: Dasar PAS ialah ISLAM.
Fasal 5: Tujuan PAS ialah:-
1.Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
2.Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara.
No comments:
Post a Comment