Tuesday, January 17, 2012

Bekas menteri Umno pecah tembelang Umno..!!

Gempar! Pendedahan berani mati bekas menteri Umno!

BEKAS Menteri Persekutuan, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir membuat kenyataan berani mati dalam sebuah forum semalam apabila mengakui Umno menggunakan rasuah untuk mendapatkan undi pilihanraya lalu.

Beliau mengakui bahawa beliau sendiri menerima sejumlah wang untuk diedarkan kepada para pengundi bagi merasuah para pengundi agar mengundi Barisan Nasional melalui taktik yang digelar "Bomb".



Lihat dengan mata kepala anda sendiri, bekas menteri Umno ini sendiri mengakui bahawa berlaku amalan rasuah di dalam Barisan Nasional untuk memperolehi undi. Akhirnya tuan punya badan mengakuinya sendiri.

Sudah diketahui umum bahawa Umno sudah lama melakukan pembelian undi untuk terus mengekalkan kuasa. Taktik rasuah seperti ini merupakan amalan biasa di dalam Umno.

Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan bagaikan aur dengan tebing. Tidak hairanlah perasuah dilantik menjadi pengerusi Felda, tak hairan juga ada perasuah yang dilantik menjadi Ketua Menteri.

Beliau masih ahli Umno dan juga merupakan bekas menteri. Malah beliau sendiri menerima duit untuk diedarkan sebagai rasuah bagi meraih undi kepada Barisan Nasional.

ReJaM© "Nak kata apa lagi? Masih nak sokong parti perasuah seperti?"

http://milosuam.blogspot.com/2012/01/gempar-pendedahan-berani-mati-bekas.html

1 comment:

  1. Selalu dikatakan disuruh serigala menjagakan sekumpulan kambing dulu2,,lps tu diminta harimau menjagakan beribu2 lembu plak atau pun nak merobohkan titi buloh dgn C4..

    ReplyDelete