Tuesday, January 17, 2012

Bolehkah PAS pertahankan Kedah?

dari KedahLa

BN pening dengan Rapat Rakyat Perdana

Sukar untuk dianggarkan berapa puluh ribu manusia yang hadir di Rapat Rakyat Perdana di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti Sabtu lalu. Yang pastinya ialah terlalu ramai. Berbeza dengan mana-mana himpunan BN; orang yang datang program Pakatan Rakyat ni keluar duit poket sendiri untuk hadir, tiada kerahan tenaga untuk hadir, tiada pengangkutan percuma dan tiada nasi bungkus. Tiada apa sumbangan yang diberi oleh PAS. Jangankan sumbangan RM500 atau RM100... sekupang pun tak beri, tadah kantung lagi ada untuk kutip derma dari hadirin.

Jika dilihat di media arus perdana pembangkang sudah berpecah. Masing-masing parti ada masalah sendiri. Di sana sini ada beribu orang keluar meninggalkan parti; dari pemimpin hingga pengikut, namun parti yang ditinggalkan itu tidak pernah kemarau penyokong malah bertambah-tambah.

Di pihak BN pelbagai jenis sumbangan turun mencurah-curah atas nama BR1M. Bukan sedikit pula jumlahnya. Logiknya semua rakyat sudah berkhiblat kepada BN. Tapi ia tidak berlaku begitu. Apa sebenarnya yang mendorong rakyat turun dengan jumlah yang begitu besar untuk bersama PR? Kekuatan inilah yang memeningkan kepala Datuk Seri Najib, UMNO dan BN.

Madrasah Salihiah

Isu madrasah Salihiah yang begitu panas dimainkan oleh pembangkang (UMNO) di Kedah kini semakin reda. Akhirnya yang masih setia menggalas isu tersebut hanya Perkasa, itupun hanya beberapa kerat manusia. UMNO kelihatan sudah menyisihkan diri. Saya percaya UMNO sudah mendapat nasihat dari MCA perihal keterlanjuran mereka mengasak isu tersebut. “Orang Cin sangat marah kalau meniaga mereka disabotaj,” ujar seorang rakan yang menjadi AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS. Tapi perhitungan kerajaan PAS bukan kerana mahu mencari undi Cina. Tujuannya hanya mahu membangunkan kawasan yang terbengkalai 30 tahun tanpa mampu diselesaikan oleh 5 Menteri Besar BN, mahu menjana ekonomi negeri. Siapa saja boleh berniaga di situ tak kira bangsa, akan wujud sebuah ‘pekan Rabu’ untuk peniaga Melayu.

Saya mengikuti dengan terperinci hujah-hujah pihak2 yang membantah dan bersetuju. Maka pemenangnya ialah pihak yang bersama kerajaan negeri! Bukan kerana saya orang PAS tapi kerana hujah mereka lebih mantap. Bagi saya tidak perlu sebenarnya berdebat berjela2 isu madrasah Salihiah seperti terdapat dalam blog2. Masyarakat kita ‘malas berfikir’ dengan mendalam macam tu. Tiga hujah sudah cukup untuk letakkan kerajaan negeri di pihak yang betul. (1) Mufti dan ahli2 Majlis fatwa yang buat keputusan, takkan depa lebih jahil dari.. (sesiapa saja, anda boleh namakan sendiri) (2) Institusi agama di Kedah (Mufti, Majlis Fatwa dan MAIK) di bawah naungan Sultan, lawan mereka bermakna lawan Sultan (3) Tunjuk pelan surau baru yang lebih besar, lebih cantik dan lebih gagah dari madrasah Salihiah.. maka selesai isu Madrasah Salihiah!

PAS boleh menang lagikah di Kedah?

Semakin dekat PRU semakin banyak soalan ini diajukan. Terutamanya oleh rakan2 yang tidak terbabit politik atau berminat sekadar dari jauh. Bagi orang PAS, jarang bertanya soalan tu sebab tak pernah ada PRU yang mereka tak yakin untuk menang. Orang BN pun serupa, tidak ada PRU yang mereka tidak yakin akan menang termasuk PRU12 lalu. Kali ini selepas jadi pembangkang BN yakin akan tawan balik Kedah. Bagi menjawab soalan tersebut saya lebih berminat untuk melihat beberapa kajiselidik yang dibuat berdasarkan hukum taburan normal mengikut ilmu statistic. Saya sendiri terbabit dengan sebuah kajian. Semua kajian (oleh BN, PAS atau professional) menunjukkan PAS masih boleh bertahan di Kedah. InsyaAllah. Tapi tidak di Malaysia.

Bagaimanapun kajian terbaru perlu dibuat, terutamanya selepas Anwar didapati tidak bersalah dan selepas Hasan Ali dipecat. Di Kedah, kekuatan PAS dan UMNO adalah seimbang. Kehadiran pengundi bukan Melayu di sebahagian besar kerusi DUN di Kedah akan jadi faktor penentu. Sementara bukan Melayu berpihak kepada PR, maka kedudukan PR lebih baik bagi BN di Kedah. Di Selangor, peratus pengundi Cina lebih besar (berbanding Kedah) tetapi kekuatan UMNO mengatasi PAS di sana. Di Kelantan, bergantung kepada kekuatan PAS semata-mata, undi bukan Melayu tidak jadi penentu. Jadi bagi PR, harapan di Kedah adalah lebih baik berbanding Selangor dan Kelantan. Bagaimanapun PR di Pulau Pinanglah yang lebih mantap kerana undi bukan Melayu sudah terlalu besar dan mereka solid menyokong PR. Secara teori, jika PR boleh menang di Negeri Sembilan maka Perak dan empat buah negeri yang ada kini juga akan dimenangi.

Itu semua analisa di atas kertas. Hakikatnya, “Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan mencabut kekuasaan dari sesiapa yang Dia kehendaki.”


Apa keutamaan PAS kini?

Pasca konvensyen ketiga atau yang terakhir sebelum PRU13, cabaran terbesar bagi PR yang harus dihadapi dan ditangani ialah undi Melayu. Realiti yang ada BN hilang sokongan mengundi bukan Melayu pada PRU12. Selama empat tahun berusaha gigih siang dan malam, BN masih gagal menanganinya. Pilihan yang ada bagi BN ialah memantapkan undi Melayu dan melupakan undi bukan Melayu.

Najib berkampung hampir minggu di Felda, Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan sekonyong-konyong UMNO menjadi juara isu murtad; semuanya menjurus kepada usaha menarik undi Melayu semaksima yang termampu.

Di waktu yang sama Anwar digambarkan sebagai seorang yang sudah murtad (pluralisme), menyokong seks bebas, mengkhianati orang Melayu dan PAS sebagai mengikut telunjuk DAP dalam banyak isu yang mereka sendiri ciptakan. Semua itu dilakukan demi undi Melayu. BN pun sedar bahawa usaha menjuarai undi Melayu secara agresif akan mengurang undi bukan Melayu, kerana kedua perkara tersebut akan menghasilkan geraf yang berkadar songsang tetapi pilihan yang ada ialah melonjakkan undi Melayu adalah lebih utama kerana peratus pengundi Melayu lebih tinggi di negara ini.

Selepas Anwar disahkan tidak meliwat oleh mahkamah dan Saiful Bukhari disahkan menipu, maka PR mendapat lonjakan baru dari segi imej. Imej ini mesti dipertahankan sehingga PRU13. Jangan ada lagi mana-mana pemimpin PR yang tersasul dalam percakapan khususnya pemimpin bukan Melayu. Hindarkan tindakan dan percakapan yang boleh dimanipulasi sebagai anti Melayu.
Ada kewajarannya di saat yang penting dan genting ini (menjelang pilihanraya) biarlah DAP dan KeADILan yang menumpukan kempen untuk bukan Melayu manakala PAS gerakkan jentera habis-habisan untuk menarik pengundi Melayu.


Orang Melayu lebih makan budi dari makan isu

Berbeza dengan bukan Melayu, orang Melayu lebih ’makan budi dari makan isu’. Jangan pandang enteng pemberian wang RM100 dan RM500 yang dihamburkan oleh BN menggunakan duit rakyat. Di samping memberi penjelasan bahawa itu duit cukai yang diambil dari poket rakyat, bukan duit poket pemimpin BN rakyat juga mesti difahamkan bahawa rakyat memperolehinya kerana PR kuat dan menjadi ancaman kepada BN. Ia berlaku akibat BN hilang majority dua pertiga di Parlimen dan rakyat tidak pernah merasai pemberian seumpama itu sewaktu BN menang besar 50 tahun lalu.

Oleh kerana umumnya Melayu lebih makan budi dari makan isu, maka pamerkan budi di kalangan orang Melayu sehingga terasa dalam lubuk sanubari orang Melayu akan budi yang dihulur. Ia tak semestinya berupa kebendaan. Almarhum Ustaz Fadzil pernah melancarkan gagasan besar memasyarakatkan PAS, biarlah ia disempurnakan di zaman ini

No comments:

Post a Comment