Gelombang bencikan keganasan Polis kini kembali sejurus insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 17 mahasiswa ditahan. Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.
Kemungkinan Ketua Polis Negara atau Timbalannya akan keluar lagi di kaca TV memberi amaran agar jangan sesiapa cuba menghasut rakyat membenci Polis. Secara peribadi, bagi saya anggota Polis tidak sepatutnya dijadikan organisasi yang dibenci atau dimusuhi oleh rakyat. Hakikatnya ramai yang sedar masih ramai lagi anggota Polis yang mempunyai hati dan perasaan seperti manusia normal, yang jujur dan profesional sewaktu menjalankan tugas.
Namun demikian, pihak berwajib perlu mengeluarkan amaran keras kepada beberapa anggotanya yang bersikap tidak profesional, tidak mempunyai etika dan lebih-lebih lagi bertindak seperti binatang ganas. Anggota-anggota yang seperti ini lah yang mencemarkan nama baik pihak Polis dan mereka patut dipecat dari menjadi seorang anggota Polis sekiranya benar mahukan pihak Polis sentiasa disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Cuma persoalannya, setelah semua ini berlaku, adakah adil melarang rakyat jangan membenci atau memusuhi Polis.?
Saya mengucapkan tahniah kepada anggota polis yang bertindak seperti binatang ganas, anda telah berjaya melakonkan watak sebenar kezaliman regim Umno/BN kepada rakyat khususnya golongan muda. Rakyat dan anak muda perlu sedar, signal kejatuhan Umno/BN kini sudah tiba, dan suisnya sudah mula di petik. Insiden yang berlaku pada himpunan Bersih yang lalu belum hilang di ingatan rakyat, kini berulang kembali skrip yang lama. Tahniah sekali lagi, anda juga berjaya menambah rasa mual, dan rasa jijik rakyat kepada Umno/BN.
Perlu ingat, zaman cyber sekarang ini tidak mudah untuk kita membohongi rakyat. Lagi banyak kita bercakap untuk melindungi kesalahan yang kita lakukan maka bertambah benci dan meluat orang kepada kita. Benar, kita akan cuba menghormati Polis yang bermaruah dan profesional tetapi bukan dengan Polis yang menjadikan rakyat sebagai musuh utamanya.
Cukuplah dengan imej Polis yang terlalu banyak tercemar selama ini. Sudah sampai masanya Polis di negara ini menjauhkan diri dari dipengaruhi oleh Sang Penguasa yang amat takut kehilangan kuasa. Polis tetap menjadi Polis tetapi sekiranya Polis bersekongkol dengan Umno, maka apabila Umno tumbang nanti Polis juga akan berkubur bersama Umno.
"Jangan membenci Polis, kerana mereka aset dalam membantu menjatuhkan Regim Umno/BN."
Mohd Yusof Hadhari
Mantan Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)
http://seutastasbih.blogspot.com/2012/01/polis-aset-jatuhkan-regim-bnumno.html

No comments:
Post a Comment