January 19, 2012
KUALA LUMPUR - Perubahan portfolio Exco yang dibuat semalam mengambil kira beberapa faktor antaranya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang semakin hampir serta bagi memastikan pengurusan pentadbiran lancar.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau mengambil alih portfolio hal ehwal agama kerana adalah tidak adil sekiranya Exco yang baru yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi diberikan tanggungjawab tersebut.
Menurutnya, sebagai Exco baru Dr Ahmad Yunus memerlukan masa untuk memahami sistem yang ada.
Dr Ahmad Yunus kini memegang portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.
“Keputusan dibuat mengambil kira pelbagai faktor termasuk soal pentadbiran dalam pengurusan dan sekarang masa hanya tinggal tidak lebih setahun menjelang pilihan raya.
“Berdasarkan spekulasi mungkin ia tidak lebih dari enam bulan, jadi sukar bagi Exco baru untuk melaksanakan tugasnya,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog dan ramah mesra bersama penduduk Kampung Baru di sini malam tadi.
Abdul Khalid berkata, tugas Exco Hal Ehwal Agama digalasnya kerana setiausaha Kerajaan Negeri dan penasihat undang-undang terdiri daripada ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais), maka ia memudahkan beliau untuk memantau perkembangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Beliau berkata, rombakan tersebut perlu dilakukan setelah mengkaji faktor-faktor tersebut.
awat Tan Sri Khalid tu bukan org islam ka....yg tk boleh jaga hal ehwal agama islam.Entah apa la yg depa dok jaki sangat .....
ReplyDeleteNak alih cerita menteri hal ehwal islam depa yg guna duit zakat tu kot ......