Friday, August 17, 2012

Hasil KLPK bertambah 13 peratus - Exco Kedah

SIK – Hasil ladang Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) di bawah Pebadanan Kemajuan Negeri Kedah pada tahun ini meningkat sebanyak 13 peratus berbanding tahun lepas.

Exco Industri & Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah menjelaskan, hasil ladang pada tahun ini meningkat sebanyak 13 peratus iaitu daripada 495,584 kilogram getah kering pada tahun 2011 kepada 564,386 kilogram pada tahun ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis penyampaian dividen kepada penduduk Beris Jaya, di Beris Jaya.

“Ini merupakan satu pencapaian yang baik dan ianya adalah bagi memastikan dividen yang dibayar kepada tuan-tuan juga adalah berpatuatan. Keuntungan ladang pada tahun ini bagi tempoh dari bulan Julai 2011 hingga Jun 2012 adalah sebanyak RM4006,240.56.

“Sebanyak RM2,375,133 diagihkan sebagai dividen hasil keuntungan ladang dan RM125 ribu disalurkan sebagai imbuhan kepada Koperasi Pembangunan Beris Berhad,” katanya.

Menurutnuya lagi, sebanyak RM1.5 juta akan dimasukkan ke dalam tabung tanaman semula yang dijadualkan akan dapat mengeluarkan hasil pada tahun 2017 nanti.


Wang tabungan ini akan digunakan untuk membiayai kos tanaman semula ladang ini seluas 312 hektar di mana tabungan ini juga akan memberikan satu bentuk dividen khas seperti yang dibayar pada hari ini walaupun pada masa ladang ditanam semula dan tidak mengeluarkan hasil untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.

“Daripada RM4006,240.56 ini tuan-tuan akan menerima dividen bersih sebanyak RM3725 yang diserahkan dalam bentuk cek tunai pada hari ini. Manakala baki sebanyak RM500 akan diterima pada penghujung tahun ini sebagai bantuan persekolhan.

“Penigkatan hasil keuntungan yang baik ini adalah hasil daripada pengurusan yang cekap ke atas ladang yang diuruskan oleh KLPK,” jelasnya.

Sementara itu, pada hari tersebut seramai 553 ketua keluarga di bawah Skim Penempatan Semula Beris Jaya menerima bantuan tersebut.

Kelihatan ramai yang sangat berpuas hati dengan pemberian dividen pada hari tersebut kerana ianya sangat berbeza dengan tahun lepas yang dividennya hanyalah sebanyak RM2900.

Turut hadir, ADUN Jeneri, YB Yahaya Abdullah.

No comments:

Post a Comment