17 Ogos 2012
KOTA SARANG SEMUT - Kerajaan Negeri mengagihkan peruntukan berjumlah RM180,000 kepada 30 pondok seluruh Kedah yang berdaftar dengan Hal Ehwal Sekolah Agama (Hesa).
Pegawai Khas (Penerangan) Menteri Besar, Musodak Ahmad berkata, sumbangan itu bagi membolehkan pengurusan pondok menggunakannya untuk keperluan menyambut Aidilfitri serta pembangunannya.
“Kita menyokong langkah diambil Hesa untuk menghimpunkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta pondok dalam satu organisasi supaya dapat memantau aktiviti serta program mereka.
“Setakat ini terdapat 30 pondok serta lebih 40 SAR yang berdaftar di bawah Hesa termasuk maahad tahfiz persendirian di semua daerah,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan Kerajaan Negeri kepada pondok, di Kompleks Pas, di sini, semalam.

Musodak berkata, Kerajaan Negeri turut mengagihkan sumbangan hari raya kepada bidan kampung dan guru al-Quran seluruh negeri sebagai menghargai jasa mereka kepada masyarakat.
Sementara itu pengerusi Hesa, Ahmad Yahya berkata, mereka sentiasa menggalakkan pengurusan sekolah agama rakyat, maahad serta pondok persendirian supaya berdaftar secara terus melalui laman web www.hesakedah@org.
“Hesa bertindak sebagai organisasi penghubung penyatuan sekolah dan memberi pandangan mengenai pelajar serta berperanan memantau sekolah tahfiz, sekolah agama negeri dan sekolah agama di bawah pengurusan Pemuda Pas sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pondok, Mohd Rejab Md Akhir meminta semua guru serta pengasas pondok mempertahankan institusi berkenaan supaya terus kukuh.
“Kita perlu mengubah tanggapan masyarakat sering beranggapan pondok sebagai pilihan terakhir untuk menghantar anak-anak yang tidak lulus dalam akademik sebaliknya perlu menjadikannya sebagai sebuah institusi disegani," katanya.
No comments:
Post a Comment