Pesalah trafik bingung RM100 atau RM300?
YANG KECEWA & TERANIAYA
Selayang, Selangor.
SAYA terpanggil untuk berkongsi pengalaman ketika membayar saman polis baru-baru ini. Pada pukul 1.30 petang (Sabtu 28 Julai 2012), saya memandu dari Jalan Duta ke arah Kuala Lumpur melalui Bulatan Segambut. Disebabkan ingin mengejar masa, saya cuba memotong lori itu yang pada ketika itu berada di garisan berkembar.
Kebetulan polis trafik berada di hadapan menahan saya.
Setelah memberikan butir-butir diri dan anggota polis trafik itu telah menyerahkan surat saman kepada saya. Dia menasihatkan saya untuk membayar saman dalam tempoh kurang 14 hari dari tarikh disaman dan saman hanya dikenakan sebanyak RM100 di mana-mana cawangan trafik.
Apabila mendengar perkara itu saya tidak teragak-agak untuk membayar pada hari ini (Isnin 30 Julai) di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Gombak.
Ketika sampai di kaunter pembayaran saman dan menyerahkan surat saman itu, saya terkejut apabila diberitahu bahawa saya terpaksa membayar sebanyak RM300 dan saman itu tidak boleh dirayu di mana-mana cawangan walaupun di Bukit Aman.
Staff itu melayan saya dengan acuh tidak acuh walaupun saya menyatakan anggota polis trafik yang menyaman saya berkata saya boleh bayar sebanyak RM100. Jawapan yang diberikan "tak tahu", "terpulanglah nak bayar ke tak" amatlah dikesali.
Disebabkan saya tidak cukup masa kerana hendak ke tempat kerja saya terus membayar saman itu. Ketika meninggalkan pekarangan balai polis itu ada beberapa persoalan yang bermain di minda saya:
* Di mana hilangnya Slogan Mesra, Cekap dan amanah yang diamalkan oleh anggota polis?
* Kenapa ada perbezaan maklumat yang diberikan oleh anggota polis trafik dan di kaunter pembayaran?
* Saya sanggup membayar RM300 saman itu kalau diberitahu oleh anggota polis trafik yang menyaman saya bahawa saman itu tidak boleh dikurangkan, kerana saya faham dan akui kesalahan saya
* Adakah saya perlu menyimpan saman itu sampai berkepuk dan tunggu sehingga polis memberikan diskaun baru saya hendak bayar seperti sikap sesetengah masyarakat kita?
* Kepada siapa saya patut bertanyakan persoalan di atas? [UM]
Kita tidak boleh salahkan polis-polis berpangkat dengan kelulusan akademik rendah ini lagi pula mereka hanya jalani latihan setakat undang menyaman dan menangkap sajam mereka tidak dilatih seperti di Kuala Kubu, disana mereka diajar untuk untuk berbudi dan berhemah bila bertugas, tetapi kita lihatlah hari, bukan itu yang rakyat nampak dan lihat bah lebih teruk dari itu .
ReplyDelete