Friday, August 3, 2012

'perlawanan terbesar hidup saya'

Chong Wei: Final esok 'perlawanan terbesar hidup saya'
Datuk Lee Chong Wei
SHAH ALAM - Datuk Lee Lee Chong Wei, yang mara ke final badminton perseorangan Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut malam tadi, menyifatkan pertarungan esok sebagai perlawanan yang paling 'penting' dalam hidupnya.

Dalam mesej yang dihantar menerusi Twitter sejurus selepas menewaskan pencabarnya dari China dalam separuh akhir di London, Chong Wei, pilihan utama temasya Sukan Olimpik London berkata:

"Terima kasih semua, Ahad adalah perlawanan terbesar dalam hidup saya," kata beliau yang kelihatan bersemangat untuk mengutip emas kali ini selepas kecundang empat tahun lalu.

Dalam mesej seterusnya, Chong Wei yang akan bertemu sekali lagi dengan Lin Dan dalam final badminton Sukan Olimpik berkata: "Tunjukkan saya sokongan anda."
Beliau menjawab demikian ketika mengulas pertanyaan seorang pengikutnya yang bertanya "di mana bendera anda."

No comments:

Post a Comment