ALOR SETAR – Orang ramai berpeluang mendapatkan nombor pendaftaran siri KDH bermula Rabu ini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah melalui satu kenyataan memberitahu, tender nombor pendaftaran KDH itu akan dibuka sehingga 15 Ogos ini.
“Borang tender boleh didapati di semua pejabat JPJ dan melalui laman web www.jpj.gov.my,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, keputusan tender nombor pendaftaran siri KDH bagaimanapun hanya akan diumumkan pada 3 September depan.
Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 04-7404888.
Kata kenyataan itu, orang ramai boleh juga datang terus ke pejabat JPJ Kedah di Jalan Suka Menanti di sini untuk urusan yang sama. – mynewshub.my
No comments:
Post a Comment