oleh Raja Jembal
Adakah Azizan sudah melanggar dasar Parti PAS..??
- Azizan sokong AUKU sedangkan PAS pusat menolak AUKU..
- Azizan beri permit kelab malam sedangkan PAS pusat menolak premis kelab malam yang melampau
- Azizan ugut hendak ambil tindakan OSA kepada pembangkang sedangkan undang-undang tersebut ditentang oleh PAS pusat
- Azizan iktiraf PTPTN sedangkan di PAS pusat menjanjikan pendidikan percuma
- Azizan beli saham FGVH sedangkan perjuangan PAS pusat menolak penyeneraian saham tersebut
Daripada penyeneraian perkara-perkara diatas adakah Azizan masih lagi tidak layak di adap kepada JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI...
Jika perkara seperti ini masih lagi tidak layak adakah nak tunggu senarai macam Hasan Ali baru nak panggil beliau mengadap.
Sebenarnya isu yang ditimbul de Kedah sana telah mengakibatkan kami di negeri lain penat untuk membalas hujah dengan pihak lawan... cuba bayangkan... dalam kita melawan nak tolak AUKU tetiba beliau sebagai PENGERUSI KUIN telah menggunakan AUKU mendakwa pelajar KUIN.
Begitu juga dengan isu pembelian saham FGVH oleh PKNK.. dilihat seperti tiada peranan apa beliau memegang jawatan PENGERUSI.. dilihat seperti dipermain-mainkan pun ada.
Sekarang kami yang dibawah ini hadapi masalah untuk berhujah dengan pihak musuh. Oleh itu diharap pihak JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI bolehlah melihat akan isu ini.. jangan kerana kita hendak mempertahankan sebuah negeri lalu perkara mungkar dan salah kita pertahankan...
Firman Allah yang bermaksud, "Jangan kamu cenderung pada orang-orang yang melakukan kezaliman, kelak kamu disambar api neraka..." [Surah Hud: 113]

azizan sebagai mb/pengerusi pknk perlu bertanggungjawab di atas tindakan pknk - no excuse!
ReplyDeletepas di era hadi mencatatkan pelbagai tindakan negatif terhadap parti. isu fgvh ini "telah mengakibatkan kami di negeri lain penat untuk membalas hujah dengan pihak lawan."
begitu juga dengan tindakan kepimpinan pas pusat selepas pru 12 "telah mengakibatkan kami di negeri lain penat untuk membalas hujah dengan pihak lawan."
kekakuan jawatankuasa disiplin parti untuk bertindak tidak sahaja dalam isu kedah tetapi telah ditunjukkan di peringkat nasional dalam kes hassan ali dan khalid samad.
apakah jawatankuasa disiplin yang tidak berupaya untuk bertindak atau ada tangan2 yang mempengaruhinya untuk tidak bertindak atau mengambil sikap tunggu dan lihat?
semua ini tercipta dalam era hadi, kenapa agaknya?
Inilah perangai orang-orang PAS mudah melatah bila sesuatu isue dikeluarkan oleh media pecacai BN cepat lemaah semangat dan mati akal putus idea untuk menepis tuduhan tohmahan dan fitnah yang direka oleh pehak lawan ,tidak punyai jatidiri untuk melawan balas ,asyik-asyik minta PAS pusat bertindak dan pehak pusat pula demi hendak menjaga hati segelintir penyokong terus bertindak maka berjayalah puak-puak 'abasiayah yang sentiasa saja menunggu peluang untuk dimenupeletkan isue itu ,oleh saya berharap orang-orang PAS berfikir dan bawalah berbincang secara tertutup sebelum dihebohkan janganlah tunjuk kebodohan kita pada lawan yang sentiasa membuka tirai untuk kita menyelakkannya .
ReplyDeleteJgnla anggap smua org PAS tak istiqamah..yang duk komen pelik2 ni org yg tak sabaq..maaf la cakap mcm tu..mcm kes KUIN yang dikenakan tindakan pada pelajar tu, saya lihat ustz Azizan nak pelajar tu ambik tindakkan mahkamah supaya terlihat dan terbukti akta tu tak boleh pakai.. memang kita org PAS/PR yang tau akta tu tak bleh pakai tapi tujuan dia pada dimata umum.. memang klu dilihat kesan dia kurang baik pada tindakan tu, tapi hikmah dia..sesama la kita istiqamah..komen byak2 berpada2 la wahai rakan seperjuangan, jgn komen kita tu jadi fitnah... saya juga harap kedahlanie kurang sikit public kenyataan2 macam ni sebab takut ada yang percaya bulat2 dan dah jadi fitnah plak... yang tak betoi saya sokong dan setuju 100% nak teguq, tapi kita dalam jemaah ni,teguq la cara yang hikmah... maafla saudaraku seperjuangan... Semoga Kita semua terus mendapat Hidayah dari ALLAH S.W.T. amin....
ReplyDeleteyang penting kena sabar.kalu asyik dok dengar pihak lawan komen pas tu mau ubah time tu jugak apa yang pihak lawan komen. mampuih ah. nak perintah negeri ni bkn nya macam perintah syarikat.tambah plak kat kedah macam2 problem dr kerajaan dulu nak kena repair. dengan masalah politik dalaman lagi. tambah plak dengan nak mengawal pegawai2 jabatan kerajaan yang bnyak lg stil pro kerajaan pusat. nak improve hidup rakyat lg. kalu ang dok compare dgn kerajaan kelantan ja . mampuih ah. seriesly tulisan ang macam ni memang boleh jatuhkan semangat penyokong pas yng baru menyokong. so len kali pikir dlm2 bila mau tulis.
ReplyDelete