Tuesday, July 3, 2012

Aduhai Blogger UMNO Kedah.. Dah tak ada isu nak kenen Kjaan Negeri sampai MB masuk dapoq pun depa jadikan isu..!!!

MB Kedah dikutuk kerana masak di dapoq, UMNO Kedah kebulork isu tahap Somalia 

Oleh MAT KERING BAKAQ BATA


Kelmarin MK dedahkan penipuan blog UMNO Kedah pro Mukhriz yang melaporkan kononnya perjumpaan MB dengan penyokong PAS di Serdang, Selangor gagal kerana tak ada orang yang hadir. Sebagai 'bukti' blogger tu paparkan gambar kerusi yang tersusun rapi sebelum program bermula. Itulah jadinya bila orang bodoh cuba nak tipu orang cerdik di dunia ini.
Hari ini dari blog yang sama MK nak dedahkan betapa kurang akai, kebulur isu dan kebudak-budakan blogger tersebut sampai aktiviti Menteri Besar, Ustaz Azizan sedang masak di dapur dijadikan bahan sindiran, kutukan dan maki hamun.
MK hairan tak sudah apa salahnya seorang MB masak kat dapur, memang hobi Ustaz Azizan sedang sekolah dulu sampai la ala ni pun memasak. Sebutlah apa jenis masakan yang dia tak tau, kalau takat masakan Ketua Puteri UMNO Kedah tu dia pukoi siang-siang lagi.

Rasulullah SAW juga pernah memasak untuk keluarganya. Di mana 'salah besarnya' seorang Muslim mahu mengikut sunnah Rasulullah SAW? (Mujurlah blogger UMNO ni tak hidup sezaman dengan Rasulullah SAW, kalau tidak...)

Sampai tahap MB masak di dapur pun jadi bahan ejekan dan kutukan oleh UMNO, nampaknya UMNO Kedah ni dah benar-benar... bukan setakat kering tapi kebulork isu tahap Somalia.

Itulah Mukhriz lain kali kalau nak lantik blogger carilah yang sekurang-kurangnya lulus SPM dan ada kebolehan untuk berfikir...
 

No comments:

Post a Comment