Ramai ibubapa mengeluh kerana syarikat yang dilantik menguruskan acara perasmian dan pembukaan sukan tersebut telah menipu anak-anak mereka. Difahamkan, syarikat yang berjaya mendapat kontrak tersebut ialah Siti Nurhaliza Production (SNP) milik Datuk Siti Nurhaliza.
Syarikat terbabit telah menggunakan ribuan pelajar (2,000) untuk menjayakan acara persembahan sempena pembukaan dan penutup sukan itu malam tadi.
Pelajar yang terlibat dipilih daripada beberapa buah sekolah menengan sekitar bandar Kuantan. Antara kemusykilan ibubapa terbabit ialah tindakan memotong separuh daripada peruntukan elaun untuk pelajar terbabit.
Difahamkan, peruntukan bagi setiap pelajar ialah RM300, namun telah dipotong oleh sebanyak RM150 atas alasan bayaran untuk makan minum pelajar berkenaan selama tempoh latihan.
Menurut seorang bapa yang tidak mahu dikenali berkata, dia hairan kenapa pihak terbabit memotong sebahagian peruntukan itu sedangkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang (MSSP) difahamkan telah menyediakan bajet untuk makan minum kepada para pelajar berkenaan, sepanjang latihan itu.
Kenapa pihak terbabit potong separuh dan hanya mahu membayar pelajar berkenaan sebanyak RM150. Mana hilangnya lagi RM150?.
Bayangkan jika jumlah itu didarabkan dengan bilangan pelajar (2,000) yang mengambil bahagian.. bermakna mereka mengambil hak pelajar berkenaan sebanyak RM300,000 ... Sudahlah makanan yang disediakan tidak memuaskan hingga kami terpaksa pula keluarkan bajet lain untuk belanja makan mereka selepas tamat latihan", katanya
Difahamkan juga, para pelajar terbabit hanya diberikan makan sosej dan sedikit makanan tambahan lain pada waktu petang dan tiada lagi makanan pada waktu malam selepas tamat latihan.
Ada ketikanya latihan tamat sekitar jam 11.00 malam... para pelajar terpaksa berlapar dan merungut kerana pihak terbabit tidak menyediakan makanan yang berkualiti dan secukupnya untuk mereka.
Tenaga mereka dikerah sehabis-habisnya, tiba-tiba elaun yang diperuntukkan pula dipotong.
Tindakan memotong elaun para pelajar yang terlibat dengan acara persembahan SUKMA XV ini amatlah tidak wajar sama sekali.

No comments:
Post a Comment