Sunday, July 22, 2012

takkan dah lebih 60 tahun penubuhan Umno, kini baru teringat dengan ulama?

 
Bayangkan dua tahun cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya untuk mewujudkan Majlis Ulama Umno sebagai sayap parti dipandang sepi oleh pemimpin tertinggi Umno.

Dia memberikan sebab cadangan itu masih dalam pertimbangan kerana Umno tidak mahu penubuhan Majlis Ulama itu dianggap terlalu bersifat kepartian.

“Saya kemuka cadangan dua tahun lalu untuk wujudkan sayap Majlis Ulama Umno seperti sejarah awal penubuhan parti ini.

“Tetapi kita takut orang ramai akan menganggap apa sahaja fatwa dikeluarkan Majlis Ulama ini hanya untuk politik,” kata Fathul Bari selepas Debat Sinar Harian “PRU13: Orang Muda Pilih Siapa?”  semalam.


Dalam Umno telah wujud biro agama Umno yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Jamil Khir Baharom. Nak tubuhkan Majlis Ulama susahlah sedikit kerana apa yang diputuskan Majlis Ulama susah nak diikuti pemimpin tertinggi.

Atau adakah Fathul Bari kena main, nak beri dia seronok dengan Umno dan bahawa cadangannya akan dipertimbangkan parti?

Satu lagi, takkan dah lebih 60 tahun penubuhan Umno, kini baru teringat dengan ulama?

No comments:

Post a Comment