BUKIT LADA – “Saya dulu ketua pemuda UMNO di kampung ini, tapi selama saya tidak aktif dan tiada jawatan dalam UMNO, tidak ada siapa pun pemimpin UMNO yang sudi datang ke rumah saya,” luah Abdul Malik Ayob ketika Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah melawat beliau di rumahnya, di sini.
Abdul Malik berasa terharu dengan kunjungan Exco berkenaan dan menganggap ianya merupakan tuah beliau dan keluarganya.
Sempena Program Mesra Rakyat di Kampung Nawa, sebanyak enam rumah di sekitar Kampung Budi sempat dilawati oleh Dato’ Ir Amiruddin selain turut memberi sumbangan berupa keperluan dapur dan wang tunai.
Antara yang sempat dikunjungi termasuklah Shaari Isa yang mengalami sakit lumpuh dan bergantung hidup dengan hanya meminum susu melalui tiub. Beliau yang dijaga oleh isterinya yang hanya berpendapatan sebagai penoreh getah sahaja.
Sementara itu Amiruddin juga meluangkan masa melawat Ramah Rejab, seorang ibu tunggal dan kebetulan tinggal bersama anaknya juga seorang ibu tunggal. Kehidupan mereka anak beranak juga hanya bergantung kepada hasil menoreh getah.
Selain itu, antara lain yang dilawati, tiga warga emas iaitu Fatimah Mat, Aishah Ariffin dan Chik Saad.
Masing-masing yang dilawati melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana dikunjungi oleh Exco kerajaan negeri dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.
Abdul Malik berasa terharu dengan kunjungan Exco berkenaan dan menganggap ianya merupakan tuah beliau dan keluarganya.
Sempena Program Mesra Rakyat di Kampung Nawa, sebanyak enam rumah di sekitar Kampung Budi sempat dilawati oleh Dato’ Ir Amiruddin selain turut memberi sumbangan berupa keperluan dapur dan wang tunai.
Antara yang sempat dikunjungi termasuklah Shaari Isa yang mengalami sakit lumpuh dan bergantung hidup dengan hanya meminum susu melalui tiub. Beliau yang dijaga oleh isterinya yang hanya berpendapatan sebagai penoreh getah sahaja.
Sementara itu Amiruddin juga meluangkan masa melawat Ramah Rejab, seorang ibu tunggal dan kebetulan tinggal bersama anaknya juga seorang ibu tunggal. Kehidupan mereka anak beranak juga hanya bergantung kepada hasil menoreh getah.
Masing-masing yang dilawati melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana dikunjungi oleh Exco kerajaan negeri dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.
Terakhir Dikemaskini (Isnin, 23 Julai 2012 12:47)
No comments:
Post a Comment