KUALA LUMPUR: Rekod pembubaran parlimen sejak pilihan raya umum (PRU) pertama pada tahun 1959 sehingga PRU-12 pada 2008 menyaksikan ianya paling kerap dibubarkan sekitar bulan Februari, Mac dan April.
Kekerapan pembubaran dilakukan dalam bulan itu adalah sebanyak 6 kali iaitu pada PRU kedua pada tahun 1964, PRU ketiga 1969, PRU keenam 1982, PRU kesembilan 1995, PRU ke-11 2004 dan PRU ke-12 pada tahun 2008.
Bulan kedua paling kerap pula adalah sekitar Jun dan Julai iaitu sebanyak empat kali yang dibuat pada PRU pertama 1959, PRU keempat 1974, PRU kelima 1978 dan PRU ketujuh 1986.
Selain itu, rekod sejarah lalu juga menunjukkan parlimen pernah dibubar sekitar bulan Oktober dan November dengan kekerapan dua kali.
Kesemua maklumat itu dikumpulkan Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berserta dengan hari penamaan calon dan hari pengundian.

Banyak pihak melihat, jika tren pilihan raya lalu ini turut menjadi pertimbangan Datuk Seri Najib Razak dalam menentukan tarikh PRU-13, tidak mustahil ianya akan diadakan sama ada Oktober tahun ini atau penghujung penggal ke-12 iaitu Mac tahun hadapan.
PAS sebelum ini melahirkan bantahan jika PRU diadakan Oktober ini memandangkan ianya adalah musim umat Islam menunaikan haji.
Najib minggu lalu pula membayangkan pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan akan menunggu hingga tempoh akhir lima tahun penggal ke-12.
Untuk rekod, tempoh terakhir penggal parlimen ke 12 adalah pada April 2013
jgn risau PRU13 memang tak akan diadakan hingga 2020, walaupun mandat skrang hingga April 2013 akan terbubar dgn sendiri...dgn kuasa yg ada pd umno mereka akan ubah undang2 PRU seterusnya TAK PERLU!!!!terus aje perintah negara ini tanpa PRU
ReplyDelete