Setiap kali berbangkit sebarang isu yang melibatkan kerajaan negeri Kedah maka saya akan dihujani pertanyaan atau meminta saya menulis menjelaskan isu sebenar dalam Harakah. Sebagai orang yang diamanahkan memimpin unit penerangan kerajaan negeri Kedah bagi menggantikan RTM saya terpaksa mendalami setiap isu berbangkit, kadang-kadang terpaksa jadi ‘MB dan Exco’ – maksudnya kena tahu dan faham apa yang MB dan Exco tahu dan faham.
Alhamdulillah dalam kebanyakan isu yang berlaku sejak 9 Mac 2008 hingga ke saat ini saya berpeluang untuk tahu dan faham, lalu dapat menulis memberikan penjelasan kepada sekelian rakyat 1 Malaysia. Namun ada satu isu yang saya tahu tapi hingga saat ini masih tak faham-faham iaitu pergolakan di Kolej Universiti Insaniah (Insaniah). Jadi jika ada pihak yang meminta saya menulis mengenai isu Insaniah; minta pertahankan kerajaan negeri dan membidas pihak tertentu yang kononnya adalah pembangkang kepada kerajaan negeri maka setakat ini saya belum mampu berbuat demikian.
Pergolakan di Insaniah bukan isu politik PAS lawan UMNO atau Pakatan Rakyat lawan BN. Pertikaiannya adalah dalaman, kompleks dan rumit, bermula dari pelajar hingga ke rektor dan memakan masa yang agak lama. Oleh kerana ada perkara-perkara yang tidak diatasi dalam masa yang agak lama, akhirnya secara evolusi membentuk kem yang menyatakan penentangan terbuka terhadap Rektor Insaniah iaitu Prof Dr. Jamil. (Saya namakan ‘kem penentang’ untuk mudah menyebut).
Dalam kem penentang ini terdapat orang UMNO yang memang mencari peluang untuk memburukkan kerajaan negeri mengambil kesempatan dalam kesempitan dalam setiap isu yang berlaku di Insaniah. Dalam kem penentang ini terdapat individu PAS yang menilai ketidakwajaran dalam pengurusan dan tindakan rektor dalam banyak perkara. Dalam kem penentang ini juga terdapat individu yang ada agenda politik peribadi (bukan politik kepartian) yang merancang konspirasi tertentu dan mungkin ada hasrat membalas dendam terhadap peristiwa lain yang tiada kena mengena dengan isu di Insaniah. Semua ahli komponen kem penentang ini boleh bersatu kerana mensasarkan musuh bersama yang satu iaitu Rektor Insaniah. Mereka mudah pula untuk mendapat sokongan dari kalangan staf kerana sebahagian besar staf tersebut terbabit dengan masalah yang berkaitan dengan kewangan berkaitan pentadbiran Insaniah. Maka tercetuslah demonstrasi kira-kira 200 staf Insaniah (jumlah seperti dilaporkan media) pada 3 Julai 2012 mendesak Rektor Insaniah meletak jawatan.
Saya telah meneliti senarai tuntutan yang terkandung dalam memorandum kem penentang yang ditujukan kepada Menteri Besar dan salinan kepada seantero dunia. Terdapat isi memo yang karut dan fitnah terutama yang berkaitan serangan peribadi terhadap individu yang bukan pembuat keputusan. Tetapi terdapat juga isi memo di mana pandangan yang diutarakan itu betul!
(Betul pada pandangan saya... Apa yang betul dan betul tu tak boleh nak sebut kat sini. Kena bersembang kat Kedai Nasi Ayam Haji Nan, Bangleh Ikan Bakaq atau Kopitiam)
Tuntutan oleh kem penentang dalam Insaniah itu tidak boleh dipandang enteng. Demonstrasi staf itu juga kena diambil perhatian. Jarang ada kakitangan kerajaan yang sanggup berdemo ramai-ramai ala PAS macam tu, kalau benar-benar tidak terdesak. Saya tidak kata tindakan mereka itu betul kerana buka peluang yang luas untuk UMNO, TV3, RTM dll eksploit isu untuk memburukkan PAS. Tapi membiarkan masalah berlarutan dalam masa yang panjang tanpa penyelesaian lebih buruk
akibatnya (terhadap imej kerajaan negeri) dari panggil TV3 buat liputan.
Jadi semua pihak yang ada kuasa kena tawadhukkan diri dan berbincanglah cari penyelesaian yang sebaik-baiknya. Baik juga kalau semua pihak terbabit bermusyauwarah cari penyelesaian dalam bulan Ramadhan yang akan tiba tak berapa hari lagi kerana pada masa itu syaitan sudah kena rantai.
Itu saja ‘penjelasan’ yang mampu saya berikan.
Zulkifli Yahaya
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah
4 Julai 2012
mtk tlg sesangat pd mb. tlg selesaikan isu ni secepat mungkin. Bukan sebab politik umno pas. Tapi bab asas cam gaji bulanan tu perlulah diselesaikan.
ReplyDeleteKuin bwh negeri. Jika perlu gantikan je reaktor kuin tu. Selesaikan secepat mungkin.
Apakah jaminan jika sekiranya rektor ditukar masalah di KUIN akan selesai?
ReplyDeleteYzd Rohani, Apakah jaminan kalau kerajaan bertukar masalah negara dapat diselesaikan....
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletesaya sebagai salah seorang staf INSANIAH dalam kumpulan "penentang" (atau lain bahasa yg sesuai) sangat setuju dengan pandangan neutral tuan zul..alhamdulillah..saya sgt berharap krisis selama ini dapat diselesaikan secara diplomasi.di harap pihak atasan termasuk MB buanglah segala ego yang ada dan kami pihak staf sangat berlapang dada kalau isu ini dapat diselesaikan segera..terima kasih!!