Saturday, July 21, 2012

Program “ Ihya’ Ramadhan Krisk 1433H”

KENYATAAN MEDIA
KELAB REMAJA ISLAM KEDAH (KRISK)

Program “ Ihya’ Ramadhan Krisk 1433H” ini mengambil kesempatan pada Ramadhan kali
ini sebagai waktu sesuai dalam menjalankan aktiviti pembangunan syakhsiah remaja melalui
program yang pelbagai seperti tadarus Al Quran, sebaran “ Risalah Salam Ramadhan”,
qiamullail dan ifthor jamaie, sumbangan bingkisan Ramadhan dan lain-lain lagi yang boleh
membimbing remaja menjalani Ramadhan kali ini dengan cara yang betul dan tersusun.

Program tahunan ini adalah anjuran Kelab Remaja Islam Kedah (KRISK), sebagai usaha yang
terancang untuk mendekati remaja di seluruh negeri Kedah.

Program ini melibatkan para remaja berumur antara 13 hingga 21 tahun di seluruh negeri Kedah
dengan misi mendekati dan mendidik jiwa-jiwa remaja agar mempraktikkan Islam secara syumul
dan mencari keredhaan Allah SWT sempena Ramadhan kali ini.


Objektif utama pelaksanaan program ini ialah :

1. Menyeru dan menjalankan kempen kepada seluruh remaja Islam di negeri Kedah untuk
menghayati Ramadhan sebagai bulan ibadah dan Al Quran.

2.Mengimarahkan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti keremajaan yang menepati Islam.

3.Memperkasakan ukhuwwah di kalangan remaja Islam di negeri Kedah.

4. Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu
cara hidup.

5.Memberi sumbangan kepada remaja yang memerlukan.

Program dan kempen yang bermula pada 1 Ramadhan 1433 bersamaan 21 Julai 2012 sehingga
3 Syawal bersamaan 21 Ogos akan datang meliputi beberapa kaedah perlaksanaan utama iaitu
melalui:

a) Capaian facebook (facebook.com/kriskedah)
Sejajar dengan perkembangan teknologi media sosial kini, facebook ‘ facebook.com/kriskedah ’
mensasarkan 1000 penyertaan remaja menjelang 3 Syawal akan dating. KRISK berkomunikasi
secara langsung bersama remaja adalah melalui pesanan ringkas harian, sebaran poster,
wallpaper, risalah dan gambar yang akan dimasukkan secara berkala melalui facebook.

b) Program tadarus Al Quran dan Tahlil sepanjang Ramadhan.

c) Poster yang dapat menarik perhatian remaja diletakkan di semua masjid dan sekolah,
disamping ditampal di tempat-tempat terpilih.

d)Banner yang digantung di beberapa lokasi terpilih.

e) Program Qiam Ramadhan dan Ifthor Jamaie.

f)Program edaran risalah “ Salam Ramadhan”.

g) Penyampaian sumbangan “ Bingkisan Ramadhan KRISK” dan “Duit Raya” untuk remaja
yang memerlukan.

h) Pertandingan “Wallpaper Ramadhan 1433H” bertemakan (KRISK mengimarahkan
Ramadhan 1433H). Pertandingan ini diwarwarkan melalui saluran facebook untuk menarik
penyertaan dari remaja seluruh negeri Kedah. Pemenang akan menerima hamper dan saguhati
RM 50.

Melalui program ini pihak penganjur berharap dapat meningkatkan penghayatan dan kefahaman
golongan remaja terhadap Ramadhan yang penuh barakah ini. Usaha menjayakan program
ini amat memerlukan kerjasama dari pihak ibu bapa, guru, dan masyarakat di sekeliling yang
memberikan perhatian dengan mempamerkan sokongan kepada anak-anak remaja dalam
mengimarahkan Ramadhan 1433 H.

Kami amat mengalukan sumbangan anda dalam membantu kami melaksanakan setiap program
Kelab Remaja Islam Kedah (KRISK) ini melalui visi “Membina Pemimpin Masa Hadapan
Kita” dengan menyumbang ke akaun Bank Islam : 02011020415967. Sebarang sumbangan sila
maklumkan atau kirim pesangan ringkas (SMS) ke talian 012 2655241 @ krisk_11@yahoo.com.

Semoga semua pihak yang terlibat membantu, menyumbang dan menjayakan program ini
diganjari pahala berlipat ganda dan mendapat keberkatan dari Allah swt.

Ahmad Najhie bin Hayazi

Penasihat,
Kelab Remaja Islam Kedah (KRISK)
facebook.com/kriskedah
krisk_11@yahoo.com

No comments:

Post a Comment