Thursday, July 5, 2012

Tu dia aihh.. Peneroka Felda memanjang ada 'habuan' tapi mai petani..dah 22 tahun subsidi padi dok banyak tuu jaa..!!!

Pusat didesak naikkan subsidi padi 50 peratus

ALOR SETAR – Harga padi dan subsidi tidak pernah dikemaskini sejak 22 tahun yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, kali terakhir semakan dibuat pada tahun 1990.

Harganya tidak pernah dinaikkan, sehingga kini ianya hanya RM24.81 bagi setiap 100 kilogram.

“Subsidi padi paling akhir dikemaskini pada tahun 1990, dah 22 tahun kerajaan (pusat) tak review tentang ini, sehingga kini ianya masih dengan harga RM24.81 bagi 100 kilogram.

“Ianya harus naik, bersesuaian dengan kenaikan harga keperluan hidup, harga beras naik, harga ayam naik, daging naik, harga sayur naik, semua naik,tapi subsidi padi tak pernah naik sejak 22 tahun lalu,” jelas beliau.

Beliau mencadangkan agar kerajaan menaikkan subsidi padi sebanyak 50 peratus bagi meringankan beban seramai 145 ribu petani di seluruh negara.

Sebelum ini, di Jitra, lebih 3,000 petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Jerlun menggesa kerajaan menaikkan harga padi sebanyak RM1,350 bagi setiap tan manakala subsidi padi pula RM500 setiap tan.

No comments:

Post a Comment