Thursday, July 5, 2012

Walau empat tahun tapi banyak perubahan - Azizan

SELANGOR – Walaupun empat tahun adalah masa yang terlalu singkat bagi sesebuah kerajaan melakukan pelabagai perubahan, namun kerajaan negeri Kedah kini mampu melakukan perubahan yang bukan sahaja membuka mata rakyatnya tetapi juga pelabur-pelabur luar.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, dengan perubahan demi perubahan yang berlaku, maka kini rakyat dapat membuat perbandingan dengan kerajaan yang lepas.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perjumpaan Anak-Anak Kedah di Perantauan di Stadium Tertutup MPSJ, Seri Kembangan, di sini.

“Bagi sesebuah kerajaan, empat tahun adalah masa yang sangat singkat untuk buat perubahan dan perubahan tersebut tidak dapat dilakukan oleh kerajaan sebelum ini di negeri Kedah.

“Tetapi dengan perubahan yang berlaku sekarang ini di Kedah, ianya dapat membuka mata masyarakat. Namun begitu, masih ada yang tidak berpuas hati kerana sifat manusia adalah susah untuk berpuas hati. Jika diberi satu lembah emas maka dia akan minta satu lembah emas lagi, sehinggalah tanah masuk dalam mulutnya barulah dia puas hati,” ujarnya.


Menurutnya, semua orang tahu bahawa kerajaan negeri terpaksa berhadapan dengan pelbagai pihak musuh tetapi beliau tetap bersyukur kerana dapat membolosi halangan daripada pihak musuh tersebut.

Buat masa ini di Kedah, masih belum ada kes rasuah yang berlaku.

“Saya juga yakin bahawa rakyat Kedah masih mahu agar kita memerintah kerana banyak perubahan yang kita buat dan ianya dapat dilihat oleh rakyat sendiri. Antara perubahan yang kita lakukan adalah seperti pembinaan Aman Central dan hotel 5 bintang di Alor Setar.

“Selain itu, kita akan menjadi pengeluar nenas terbesar di Malaysia pada 2015 ini dan kerajaan negeri sedang membina Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba. Saya juga bersyukur kerana berkemungkinan hujung tahun ini KUIN Kuala Ketil akan siap di bina dan dewannya akan dapat memuatkan kira-kira 6 ribu orang,” terangnya.

Tegasnya, jika kerajaan negeri tidak mampu melakukan semua perkara, kerajaan negeri tidak akan meninggalkan kesemuanya.

No comments:

Post a Comment